
Baling menawarkan aktiviti riadah yang pelbagai contohnya mendaki Gunung Baling. Pendakian memakan masa 2 jam hingga ke 3 jam bergantung kepada kecergasan pendaki dengan pimpinan malim gunung yang berpengalaman. Mesti rasa puas dan seronok kan bila dah sampai ke puncak, dapat melihat keseluruhan pekan Baling. Permandangan yang memukau sekiranya mendaki sebelum matahari terbit, ini mampu meningkatkan rasa takjub dengan keindahan semula jadi yang terlihat seluas mata memandang semasa cahaya pagi yang kian memancar. Selain itu karpet awan yang tebal turut meningkatkan suasana pagi yang memuaskan pandangan mata dengan keindahan yang tersulam derngan kehijauan sawah padi yang terbentang luas dan aliran sungai baling turut membuatkan pandangan mata merasa puas meskipun penat mendaki.

