Gunung Baling memiliki ketinggian 420 meter, manakala Gunung Pulai (610 meter). Namun, pendaki lebih tertumpu pada Gunung Baling kerana trek mendaki yang lebih mudah berbanding dengan Gunung Pulai.Trek mendaki Gunung Pulai adalah 80 peratus batu. Ini bermakna pendaki perlu mendaki dinding batu di beberapa tempat. Tempoh mendaki juga lebih lama iaitu sekitar tiga jam, berbanding mendaki Gunung Baling yang memakan masa dua jam untuk sampai ke puncak.
Kawasan pendakian terletak 2 km dari pekan baling dibuka secara percuma kepada ramai kemudahan tanda disediakan di kaki Gunung Baling