mcmc
Maklumat Setempat

PROGRAM MEMBASMI PENGANGGURAN DALAM KALANGAN BELIA LUAR BANDAR 2018

TEMUDUGA KERJA TERBUKA !!!! UNTUK WARGA KEDAH (BALING)

DI BAWAH “PROGRAM MEMBASMI PENGANGGURAN DALAM KALANGAN BELIA LUAR BANDAR 2018” anjuran (Perbadanan Sumber Manusia Berhad)

Sebuah program tajaan Kerajaan Malaysia (Perbadanan Sumber Manusia Berhad) dengan kerjasama Stradford International College bagi membantu belia dan beliawanis yang menganggur dan tidak mempunyai peluang dan kelayakan akademik yang tinggi untuk mendapatkan pekerjaan di sektor perindustri pembuatan, elektronik, perhotelan dan makanan yang terpilih di Pulau Pinang, Kedah,Perak dan Lembah Klang.

Peserta yang terpilih selepas temuduga akan diberi latihan intensif pra persiapan perkerjaan di Stradford International College, Prai, Pulau Pinang secara PERCUMA , segala kos latihan,makanan,minum dan tempat tinggal akan di TANGGUNG SEPENUHNYA oleh KERAJAAN MALAYSIA.

Tempoh latihan hanya selama 2 minggu dan selepas tamat latihan, para peserta akan DIJAMIN memperoleh pekerjaan.

? KELEBIHAN
-Semua kos penempatan ,makanan dan latihan ditanggung sepenuhnya oleh KERAJAAN MALAYSIA.
-Elaun RM250 selepas tamat Latihan
-JAMINAN pekerjaan selepas tamat latihan
-Tawaran gaji lumayan

? SYARAT-SYARAT PESERTA
-Berumur 18-25 tahun
-Warga negara Malaysia
-Tahu membaca ,menulis dan mengira (3M)
-Kelayakan akademik serendah UPSR
-Keinginan untuk bekerja dan mengubah masa depan

TEMPAT TEMUDUGA : PEJABAT PENERANGAN BALING , KEDAH

TARIKH : 24 hb Januari 2018 (RABU)

MASA : 10.00 Pagi – 12.30 Tengahari

? ( PERINGATAN! KAMI BUKAN EJEN PENCARI KERJA, KAMI IALAH WAKIL DARI KERAJAAN MALAYSIA YANG DIAMANAHKAN BAGI MENJALANKAN PROGRAM INI , SEGALA DANA YANG DISEDIAKAN ADALAH DARI KERAJAAN MALAYSIA DAN PARA PESERTA TIDAK AKAN DIKENAKAN SEBARANG BAYARAN)

SILA SHARE POST INI UNTUK MEMBANTU BELIA-BELIA UNTUK MENDAPATKAN PEKERJAAN.