mcmc
Aktiviti Semasa

KL Converge! 2015 :Pertandingan Mencipta Video “Kenali Internet

KL Converge! 2015 :

 

Pertandingan Mencipta Video “Kenali Internet – Banteras Maklumat Palsu,

 

Sebarkan yang Benar”

 

Pertandingan Mencipta Video “Kenali Internet”

  • “Kenali Internet” adalah sebuah pertandingan mencipta kandungan kreatif khusus untuk ahli-ahli Pusat Internet 1Malaysia.
  • Tema pertandingan ini ialah “Banteras Maklumat Palsu, Sebarkan yang Benar”.
  • Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

i)             Pelajar sekolah rendah atau menengah yang juga warganegara Malaysia

ii)           Merupakan ahli PI1M.

iii)          Berkumpulan yang terdiri daripada tidak kurang dari 4 orang ahli dan tidak melebihi 6 orang ahli.

iv)          Setiap kumpulan perlu mempunyai ahli dari sekolah menengah dan sekolah rendah.

  • Bentuk video penyertaan & pengisian

i)             Kandungannya perlu bertemakan “Banteras Maklumat Palsu. Sebarkan Yang Benar”.

Tema ini bertujuan memberi peluang kepada pengguna-pengguna PI1M memaparkan pengetahuan praktikal penggunaan internet dengan cara yang positif dan selamat.  Internet merupakan satu saluran komunikasi dan multimedia yang membolehkan pelbagai maklumat dikongsi bersama tanpa mengambil kira sempadan negara.  Pengguna-pengguna perlu tahu cara-cara mengenali sumber-sumber yang sahih dan bagaimana mengesah maklumat yang dibaca.  Kandungan video yang dibuat dapat menolong penonton-penonton video tersebut:

·         mengajar pengguna bagaimana mengesah maklumat dan sumbernya; atau

·         menggalakkan pengguna untuk tidak berkongsi maklumat palsu/tidak sahih; atau

·         memberi tip-tip keselamatan menggunakan internet; atau   

·         Ia juga boleh menyentuh mengenai impak maklumat palsu terhadap diri atau komuniti.

ii)           Setiap video tidak boleh melebihi 2 minit. 

iii)          Video ini boleh diterima dalam bentuk dokumentari, sketsa, iklan, khidmat mesej awam ataupun animasi. 

iv)          Kandungan video ini boleh dibuat dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

v)           Kandungan video ini tidak perlu difilem dengan cara professional – ia boleh juga difilem menggunakan telefon pintar (smartphone). 

vi)          Video ini boleh dibuat dengan bantuan pengurus PI1M, walau bagaimanapun sebahagian besar penulisan skrip dan perfileman perlu dilakukan oleh ahli-ahli kumpulan.

  • Cara Penyertaan

i)             Tarikh akhir penyerahan video adalah pada 17 Ogos 2015.

ii)           Video ini perlu di hantar melalui PI1M.

iii)          Setiap PI1M hanya boleh menghantar 2 video untuk dimasukkan dalam pertandingan ini.

iv)          Video perlu dihantar ke dmld@cmc.gov.my dan video tersebut diakses menggunakan kemudahan “wetransfer” atau “dropbox”.