mcmc
Rekreasi & Pelancongan

PEMBUKAAN SEMULA PENDAKIAN GUNUNG BALING

HEBAHAN BUAT SEMUA PARA PENDAKI DAN PENCINTA ALAM!!!*

*PENDAKIAN GUNUNG BALING akan mula beroperasi untuk menerima tempahan mulai tarikh 8 OGOS 2019.

Manakala, aktiviti pendakian akan bermula pada tarikh 14 OGOS 2019.*

 

HUBUNGI KAMI :
04- 470 1803 (PEJABAT PENDAKIAN GUNUNG BALING) @
019-571 1024 (WhatsApp Baling Hot Springs)

Waktu Operasi Pejabat Pendakian Gunung Baling :

Ahad – Rabu : Jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Khamis : Jam 8.00 pagi hingga 3.30 petang

*Bayaran Permit Pendakian :*

*WARGANEGARA MALAYSIA RM5.00*
*BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA RM15.00*

SIJIL PENDAKIAN DIBERIKAN!!!

Waktu Pendakian :

1. Jam 4.00 pagi 
2. Jam 5.00 pagi
3. Jam 7.00 pagi
4. Jam 8.00 pagi 
5. Jam 9.00 pagi

*TIDAK DIBENARKAN BERMALAM DI PUNCAK!!!*

Para Pendaki Dikehendaki Mematuhi Syarat-Syarat Seperti Berikut :-

1. *Para Pendaki perlulah mengisi borang perakuan diri yang telah dilampirkan untuk rekod pihak pengurusan dan makluman kepada pihak berwajib;*

2. *Hendaklah menggunakan petunjuk arah yang telah disediakan oleh pihak pengurusan Pendakian Gunung Baling :-*
i) 1-10 orang pendaki : 
RM 70.00 (1 orang Petunjuk Arah)
ii) Harga Promosi Pembukaan Semula Bagi Bayaran Petunjuk Arah :
RM60.00 (1 orang Petunjuk Arah)

3. Hendaklah membuat tempahan selewat-lewatnya 3 hari sebelum aktiviti pendakian dijalankan;

4. Pendakian dihadkan sehingga 300 orang SAHAJA pada satu hari;

5. Jumlah maksimum pendaki di puncak 100 orang SAHAJA pada satu masa;

6. Pastikan anda bersedia dengan kelengkapan pendakian yang bersesuaian dengan aktiviti mendaki;

7. Hendaklah memastikan kebersihan dititikberatkan sepanjang masa pendakian.

SELAMAT MENDAKI & CINTAILAH ALAM SEKITAR KITA